Thursday, May 6, 2010

SALAM UKHWAH

alhamdulillah...

Impian untuk sama-sama berkongsi ilmu melalui blog akhirnya tercapai jua. Sebagai pembuka bicara,diriku insan yang lemah ini sentiasa bermohon semoga aku mampu memberikan input-input yang bermanfaat untuk dikongsi bersama.

saudaraku...
ingatlah dunia ini hanya pinjaman dariNYA sebagai suatu persinggahan, dijadikan tempat berteduh sebelum kita semua di bawa ke alam yang kekal abadi. Sebagai peminjam tidak malukah kita hanya meminjam tanpa membalas sesuatu yang bernilai kepada 'pemilik'nya??..kita diajar oleh orang tua kita apabila meminjam sesuatu daripada seseorang maka balaslah dengan sesuatu yang sepatutnya atau berbuat baiklah padanya sebagai tanda menghargai dan menghormatinya.

Duhai saudara seagamaku...
marilah sama-sama kita membalas segala pinjaman yang diberikan ini dengan tetap berpegang teguh kepada agamaNYA,ikuti ajaran rasulNYA,memahami kitbNYA,sebagai panduan dan persediaan untuk kita kembali ke tempat asal kita...tempat yang kekal abadi selamanya...tempat yang dinamakan sebagai 'akhirat'..

2 comments:

  1. salam kakakku yang sentiasa dihatiku:)

    Teruskan usaha dalam penulisan di sini. semoga ia dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya. InsyaAllah. em, saya orang pertama komen ni:) hehe.

    ReplyDelete
  2. tankz..sifu..insyaallah semoga memberi manfaat walaupn ianya sdikit...

    ReplyDelete